Home

Jadi Tutor

Click untuk memuatturun borang pendaftaran sebagai tutor disini.

Welcome to the Frontpage

Pengenalan

Posted by Dicatat oleh yusri On 2:42 PTG

Apakah Perkara Paling Kritikal Yang Dialami Oleh IbuBapa Dewasa Ini ??

ü IbuBapa sibuk bekerja. Masa yang amat terhad untuk diluangkan bermasa anak-anak khususnya dalam pembangunan akademik mereka

ü Prestasi akademik anak-anak semakin merudum setiap tahun. Terutama anak yang tidak diletakkan di kelas-kelas hadapan/pilihan. Guru subjek tidak ambil cakna atau pihak sekolah lebih memberikan keutamaan guru-guru pakar mengajar di kelas-kelas hadapan/pilihan

ü Bilangan murid dalam kelas di sekolah melebihi 25 orang. Murid kurang penumpuan dan fokus

ü Mahu hantar ke pusat tuisyen tetapi IbuBapa balik lewat,tidak sempat nak hantar jika kelas pada waktu malam. Jika kelas sabtu & ahad, ia bertindih dengan aktiviti balik kampung, pergi kenduri kahwin dsb. Masa pusat tuisyen tidak fleksibel. Kerap tidak boleh ke kelas atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan

ü Ambil masa untuk pergi hantar dan ambil semula ke pusat tuisyen. Jika dibiarkan pergi sendiri, keselamatan anak dalam risiko paling tinggi

ü Bilangan murid di pusat tuisyen juga ramai. Lebih dari 15 orang dalam kelas. Maka sama saja kualiti pembelajaran pusat tuisyen dengan kualiti pembelajaran di sekolah

ü Memang ada pembelajaran on-line tetapi tiada guru yang bimbing secara terus dan sistem itu hanya efektif untuk subjek yang ada soalan objektif sahaja. Karangan tidak dapat disemak dengan menggunakan sistem pembelajaran on-line

Apakah Kepakaran Kami ??

Kami membantu menyelesaikan masalah :

ü IbuBapa sibuk bekerja. Kami yang akan memantau anak-anak anda khususnya dalam pembangunan akademik mereka

ü Prestasi akademik anak-anak semakin merudum setiap tahun. Kami akan memastikan prestasi anak-anak anda ada peningkatan yang memberangsangkan

ü Bilangan murid dalam kelas di sekolah melebihi 25 orang. Kami hadkan minima seorang, maksima 6 orang sahaja

ü Mahu hantar ke pusat tuisyen tetapi IbuBapa balik lewat,tidak sempat nak hantar jika kelas pada waktu malam. Jadual kami fleksibel, jika berlaku pertembungan dengan aktiviti anda secara tiba-tiba, maka boleh di atur semula ke hari dan waktu yang lain

ü Ambil masa untuk pergi hantar dan ambil semula ke pusat tuisyen. Di rumah, dapat menjimatkan masa dan keselamatan anak-anak anda 100% dijamin selamat. Tutor kami tiada rekod jenayah

ü Bilangan murid di pusat tuisyen juga ramai. Kualiti pembelajaran kami jauh lebih baik dari pusat tuisyen dan murid akan lebih fokus

ü Memang ada pembelajaran on-line tetapi tiada guru yang bimbing secara terus dan sistem itu hanya efektif untuk subjek yang ada soalan objektif sahaja. Pengajaran kami adalah secara terus dan murid akan mendapat penerangan langkah demi langkah sehingga mereka faham

Dengan Smart Maths Home Tuition, anda akan...

☼ Dengan mudah mendapatkan khidmat tutor mengajar di rumah anda

☼ Mendapatkan khidmat tutor yang sesuai dengan keperluan anda serta kos yang berpatutan

☼ Mendapatkan tutor yang benar-benar berpengalaman dengan kadar yang segera

Siapa kami ?

- Smart Maths Home Tuition merupakan khidmat yang yang dikendalikan oleh Ilmu Hijrah Training & Consultancy (IHTC) konsultan home tuition profesional di Malaysia.

- Syarikat kami menyediakan bantuan yang pantas dan boleh dipercayai kepada IbuBapa dan pelajar-pelajar yang mencari tutor rumah yang berpengalaman dan berdedikasi yang boleh memadankan keperluan peribadi mereka.

- Kami percaya bahawa pendidikan yang berkualiti boleh meningkatkan mobilisasi sosial seseorang.Umpamanya dari miskin ke berkemampuan, pekerja am ke pegawai atasan.

- Selain dari pengetahuan yang diperolehi, ciri-ciri seperti keberanian, tanggungjawab, dan ketekunan boleh membantu seseorang mencapai matlamat yang dia telah tetapkan, dan kemudiannya akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah.

- Kami juga percaya bahawa murid/pelajar mempunyai perasaan ingin tahu yang besar untuk belajar.Tetapi kebanyakan masa mereka hilang apabila cuba mengesan apa yang mereka benar-benar inginkan dan apa yang mereka benar-benar idamkan.

- Melalui bantuan konsultan kami, kami boleh membantu anda dan anak-anak anda melepaskan keghairahan mereka dan memaksimumkan potensi mereka dengan sepenuhnya.

Mengapa kami?

Dengan semua perkara yang membimbangkan yang berlaku hari ini terutama dengan kes penculikan dan penderaan, anda semestinya berfikir susah untuk mencari orang yang boleh dipercayai, terutamanya Tutor peribadi iaitu seseorang yang anda boleh percayai untuk berada di dalam rumah anda dan berhampiran anak-anak anda.

Pada kami (IHTC), kami faham kebimbangan anda sebagai ibu bapa. Malah, kami mempunyai himpunan besar guru-guru profesional, guru tuisyen sepenuh masa, dan tenaga pengajar berpengalaman yang dapat memenuhi segala kehendak pembelajaran anak-anak anda.

Jika anda mempunyai kepercayaan sukar mendapatkan Tutor yang berkualiti dan berdedikasi, maka di Ilmu Hijrah Training & Consultancy ada jawapannya

Bagaimana Kami Menjalankan Perkhidmatan Ini?

- Untuk menyediakan pelanggan kami dengan home tutor, kami sentiasa mencari calon-calon yang berdedikasi dan berpengalaman untuk memadankan keperluan anda dengan teliti.

- Semasa proses pencarian tutor, kami memberi penekanan besar kepada pemohon yang telah mendapat kelayakan akademik yang mengagumkan dan latar belakang pembelajaran yang baik.

- Sudah tentu, sikap yang positif dan ciri-ciri bersemangat juga satu kemestian.

- Dengan beberapa kriteria yang ketat ini, kami yakin tutor kami dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anda semua.


Bagaimanakah Prosesnya ??

Siapakah Tenaga Pengajarnya ??

Apakah Subjek-Subjek DItawarkan ??

Apakah Peringkat-Peringkatnya ??

1. Lengkapkan borang ‘Mencari Tutor’ secara on-line

2. Lengkapkan butiran-butiran yang dikehendaki

3. Terangkan situasi atau prestasi semasa pencapaian akademik anak anda melalui ruangan yang disediakan

4. Kami akan menganalisa situasi anda untuk memahami keperluan anda.

5. Kami akan mencari dalam pangkalan data kami untuk memadankan calon yang dapat memenuhi keperluan anda.

6. Kami akan menjalankan temuduga tutor untuk menapis calon tutor yang layak

7. Kami akan menghubungi anda untuk pengesahan penempatan tutor di rumah anda

8. Bayar ‘Yuran Pendaftaran’ (RM30/seorang seumur hidup) secara deposit mesin CDM atau ‘fund transfer’ melalui Perbankan Internet

9. Tutor akan datang dan sesi pertama adalah PERCUMA !!!

10. Laporkan jika ada sebarang ketidakpuasan hati

11. Jalani pembelajaran dengan jayanya

12. Pembayaran dilakukan pada setiap hujung bulan terus kepada kami

1. Pensyarah

2.Bekas guru sekolah

3.Guru sekolah

4.Tutor sepenuh masa

5.Tutor separuh masa

1.Matematik

2.Matematik Tambahan

3.Bahasa Inggeris

4.Bahasa Malaysia

5.Fizik

6.Kimia

7.Biologi

8.Sains

9.Sejarah

10.Geografi

11.Lukisan 12.Kejuruteraan

13.Prinsip Akaun

14.Ekonomi

15.Perdagangan

16.Tasawwur Islam

17.Pendidikan 18.Syariah Islamiah

19.Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah

20.Bahasa Arab

1.Sekolah Rendah

2.Sekolah Menengah

3.UPSR

4.PMR

5.SPM

6.STPM

7.Dewasa

0 ulasan

Catat Ulasan

 

Latest News

Masukkan email anda kedalam ruangan yang disediakan untuk mendapat info dan berita terkini daripada kami.

Popular

Berita Bergambar